Kebakaran rumah di Puncak Alam, lelaki alami sesak nafas

27 Jan 2026 • 5:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM: Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an mengalami sesak nafas dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.16 pagi.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kejadian membabitkan sebuah rumah teres satu tingkat dengan kebakaran berlaku di salah sebuah bilik sebanyak lima peratus.

“Api dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak kami tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa berada di dalam bilik terbabit dan berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved