Lelaki Maut Kereta Terbabas, Terjunam Ke Dalam Lubang Pembentungan

LocalCars
23 Jan 2026 • 3:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki maut, manakala rakannya mengalami kecederaan patah tangan selepas pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang pembentungan dalam kejadian di Jalan Pantai, Lahad Datu pada Jumaat.

Terjunam ke dalam lubang pembentungan

image is not available

Foto: Media sosial

Menurut laporan Sinar Harian, insiden yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu mengakibatkan penumpang kenderaan, Muhammad Almadi Hassan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu Wilyamil Ahajul, 34, mengalami kecederaan pada tangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.08 pagi.

image is not available

Foto: Media sosial

Menurutnya, seramai 14 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari BBP Lahad Datu bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan kenderaan jenis Toyota Vigo terbabas sendiri dan melanggar penghadang lalu terjatuh ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam proses pembinaan.
“Terdapat dua mangsa dan operasi mengeluarkan mangsa yang berada di dalam lubang pembentung pada kedalaman tujuh meter segera dilakukan dengan menggunakan tali dan alat pengusung.
“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian, manakala seorang lagi dilaporkan mengalami patah tangan,” katanya hari ini.

Artikel lain: Wanita Maut MPV Dipandu Terbabas Sebelum Terjunam Ke Dalam Sungai

image is not available

Foto: Media sosial

Sumsoa berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Tindakan pasukan bomba seterusnya memasang sawar-sawar di tempat kejadian sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.07 pagi,” ujarnya.
image is not available

Foto: Media sosial

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

The post Lelaki Maut Kereta Terbabas, Terjunam Ke Dalam Lubang Pembentungan appeared first on Borak Daily.