Kebakaran: Tiga keluarga terima rumah baharu

14 Dec 2024 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

MEMBAKUT: Nasib keluarga yang kehilangan rumah akibat kebakaran di Kampung Batam baru, di sini hujung tahun lalu, terbela dengan pembinaan rumah baharu menerusi Program Rumah Ihsan Membakut (RIM).

Salah seorang penerima, Dayang Marakani Abd Salim, 35 berkata, beliau dan keluarga merasa amat bersyukur dengan bantuan RIM itu kerana tidak berkemampuan membina rumah baharu.

AdvertisementKatanya, mereka sekeluarga terpaksa menyewa rumah di kampung sebelah namun menghadapi kesukaran kerana kewangan yang terhad yang hanya cukup untuk perbelanjaan keluarga. Dayang Marakani

“Suami cuma bekerja buruh kasar dengan pendapatan tidak seberapa sekadar cukup makan keluarga dengan tanggungan dua orang anak yang masih bersekolah manakala saya hanya seorang suri rumah.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Justeru, kami amat gembira dengan pembinaan RIM yang hampir siap ini hasil keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Dr. Ariffin Arif,” katanya semasa tinjauan kerja-kerja pembinaan RIM oleh Ariffin di kawasan itu, di sini, Khamis.

Sementara itu, Ariffin berkata, RIM dibiayai sepenuhnya di bawah peruntukan Adun Membakut dan telah membina lebih 15 buah rumah untuk penduduk terjejas sejak dilancarkan tiga tahun lalu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, selain rumah terbakar, bantuan RIM juga merangkumi rumah penduduk tidak berkemampuan yang sudah usang atau pun musnah akibat bencana alam lainnya.

“Sebanyak RM45,000 untuk bina seunit RIM, namun bagi mangsa kebakaran yang sudah bina rumah, kita juga akan beri bantuan kewangan untuk menyiapkan apa yang patut di rumah mereka.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ada beberapa rumah terbakar sebelum ini sudah kita bantu di bawah inisiatif RIM sejak antaranya tiga buah di Kampung Pimping serta di beberapa tempat lain lagi,” katanya.

Terdahulu, Ariffin turut berkesempatan menyempurnakan simbolik penyerahan kunci Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada penduduk layak di beberapa kampung di kawasan tersebut.