'Kebenaran akhirnya terbukti selepas enam tahun' – Tun M

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 3:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kebenaran akhirnya terbukti selepas enam tahun' – Tun M
Dr Mahathir (tengah) hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pejuang di IDCC Shah Alam pada Ahad. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berjaya membuktikan beberapa kebenaran berhubung episod politik negara meskipun belum mencatat pencapaian memberangsangkan sepanjang enam tahun penubuhannya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara perkara yang terbukti ialah keputusan parti induk untuk keluar daripada kerajaan secara tergesa-gesa sebelum ini, yang akhirnya mencetuskan kekacauan politik sehingga membawa kepada kejatuhan kepimpinan ketika itu.

"Satu lagi kebenaran ialah mereka yang terbabit memecat kita dari parti induk sehingga memaksa kita menubuh Pejuang, hari ini ramai di kalangan mereka itu turut dipecat dan terpaksa tubuh parti lain," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2026 Pejuang di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Ahad.

Teks ucapan itu dibacakan berikutan keadaan suara Dr Mahathir yang agak lemah dan dikhuatiri boleh menjejaskan penyampaian ucapannya.

Dr Mahathir berkata, satu lagi kebenaran yang terbukti ialah pihak yang sebelum ini begitu lantang mahu keluar daripada kerajaan kerana tidak dapat menerima kerjasama dengan komponen parti tertentu, kini dilihat kembali menjurus kepada parti berkenaan.

"Walaupun Pejuang sebuah parti yang baharu berbanding parti-parti politik utama negara dan pencapaiannya tidak begitu menggalakkan sepanjang enam tahun kewujudannya, ia berjaya mencapai satu kebenaran atau dalam bahasa Inggerisnya, vindication," ujarnya.

Beliau menyifatkan, perkembangan politik yang berlaku menunjukkan kitaran atau pusingan itu kelihatannya hampir lengkap.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved