Keberanian Saudin wajar jadi inspirasi: Ketua Menteri

29 Oct 2022 • 12:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kisah keberanian Saudin Labutau yang merupakan orang Murut pertama menjejakkan kaki di New York pada 1936 seharusnya menjadi inspirasi kepada semua, terutama generasi muda.

Hajiji berkata kisah Saudin yang mengatasi banyak cabaran untuk mengembara dari hutan Borneo dan berjaya sampai ke New York kira-kira 86 tahun lalu, amat menarik.

Berasal dari Kampung Ambual, Keningau, Saudin pada usia 26 tahun melakukan perjalanan selepas dia diambil bekerja oleh pasangan pembikin filem dokumentari terkenal dari Amerika, Martin dan Osa Johnson.