Kebersamaan seluruh rakyat dituntut untuk terus bangunkan negara, kata PM

Politics
24 Dec 2023 • 6:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar sambutan Hari Krismas akan menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.

Perdana Menteri berkata, kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar.

“Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

“Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun,’’ katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023.

Beliau turut berharap semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia. – 24 Disember, 2023