“Patut Lama Tunggu”- Tukang Tebar Roti Canai Main Tepuk Tangan Buat Netizen Terhibur

Entertainment
23 Dec 2023 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Roti canai begitu sinonim dengan rakyat Malaysia dan boleh dikatakan antara makan sarapan paling wajib buat rakyat di negara ini. Untuk mencari penebar roti canai juga bukan mudah kerana memerlukan kepakaran dalam menebar roti itu agar roti itu tidak hancur.

Bagaimanapun, gelagat seorang penebar roti canai kali ini boleh membuatkan pelanggan bergaduh menunggu!

Ini kerana penebar itu mengambil masa untuk bertepuk tangan berirama sebelum menepuk roti canai tersebut!

Dipercayai, adegan menepuk tangan berirama itu menjadi tarikan bagi melariskan roti canainya.

Rata-rata komen netizen terhibur dan saling berbalas komen setelah melihat gelagat pak cik penebar roti canai tersebut.

“Boleh gaduh mat dia main tepuk.

“Layan juga irama tepukan pak cik tu.

“Agak-agak bila siap boleh makan?”, antara komen netizen.

Kalau bukan penyabar, jangan lah meminta untuk pergi makan kedai tu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved