
Hujung minggu ini saya dan isteri, Zarina memandu di lebuhraya melintasi kawasan perindustrian dan beberapa universiti terkemuka dari Putrajaya untuk bercuti di Shah Alam ibu negeri Selangor Darul Ehsan yang kini sudah menjadi bandaraya bertaraf antarabangsa. Ramai kenalan kami mendiami kawasan Shah Alam kerana kebersihan dan keindahannya.
Pihak berkuasa tempatan menggunakan teknologi moden dalam pembersihan kawasan supaya gerak kerja pembersihan lebih pantas dan efektif. Ia dapat memelihara alam sekitar dan kesihatan rakyat. Sistem penbuangan sampah yang menggunakan kawasan luas sudah tidak lagi berkesan kerana Selangor semakin kekurangan kawasan untuk tujuan itu.
Oleh sebab manusia adalah makhluk yang kompleks, kita mempuyai keperluan lain yang juga memerlukan perhatian. KIta mempuyai pilihan dan kegemaran, minat dan hobi, selera dan keinginan, kecenderungan dan keistemewaan. Ini membezakan kita antara antara satu sama lain. Persekitaran dan kehijauaan menjadikan kita unik dan berketrampilan.
Bandaraya Shah Alam turut memperlihatkan kunikan dan keanekaragaman setiap hidangan yang tidak hanya memikat lidah dan memuaskan perut tetapi juga merangkumi nilai-nilai tradisi dan sejarah. Masakan Melayu adalah satu warisan budaya yang kaya dengan citarasa yang menyelerakan. Dari nasi lemak yang wangi hinggalah rendang yang lazat.


Percutian kali ini kami memilih untuk bersantai dan beriadah di persekitaran yang menghijau di Kelab Shah Alam yang terletak di atas bukit dengan udara yang sungguh nyaman sekali. Kami seterusnya makan malam di Sisik Medan Ikan Bakar yang menyediakan makanan laut yang dikatakan terbaik di Shah Alam. Dekorasinya sungguh menceriakan. Kami memilih sajian ikan patin gulai tempoyak yang kuahnya pekat dan udang petai masak merah pedas yang membuka selera serta mengekalkan kesegaran setanding dengan harga.
Saya perhatikan kita mempuyai pilihan makanan dan minuman, pakaian dan hiasan, warna dan bauan, bentuk dan saiz, bergaya atau traditional, canggih dan biasa. Malah selera dan pilihan menambahkan warna dalam kehidupan kita, Terdapat aspek dalam keperibadian kita untuk mencari kepuasan, dengan cara-cara khusus berteraskan kehijauan estetik.

Hantar artikel/video berkaitan #CutiCutiLocal dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM10,000! Ketahui lebih lanjut di sini.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

