Kebiadapan melampau! Asyraf Wajdi dakwa Tony Pua persenda institusi YDP Agong

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 11:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP, Tony Pua susulan hantaran di Facebook yang didakwa mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak.

Tony Pua didakwa keluar kenyataan persenda YDP Agong

Menerusi kenyataan di Facebook, Asyraf mendakwa Tony Pua bukan sahaja mempersendakan institusi diraja, malah mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan.

“Selain mempersenda jelas Tony Pua mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan.
“Kenyataannya telah mengundang mereka yang biadap membuat komen-komen menghina seorang Raja Berdaulat,” katanya.

Persoal tindakan pihak berkuasa

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan tindakan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Peguam Negara berhubung perkara tersebut.

“UMNO ingin bertanya apakah pihak berkuasa Kerajaan khususnya Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Peguam Negara boleh membiarkan perkara seumpama ini.
“Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas akan memberikan isyarat yang salah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri takut untuk bertindak terhadap DAP,” ujarnya.

Image from: Kebiadapan melampau! Asyraf Wajdi dakwa Tony Pua persenda institusi YDP Agong

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perkara berkenaan bukan kali pertama melibatkan Tony Pua apabila beliau sebelum ini pernah mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung penghayatan terhadap Rukun Negara.

“Kebiadapan melampau ini tidak boleh dimaafkan tetapi mesti dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Image from: Kebiadapan melampau! Asyraf Wajdi dakwa Tony Pua persenda institusi YDP Agong

Mengakhiri kenyataan tersebut, beliau turut menyuarakan kebimbangan sekiranya kegagalan pihak berkuasa bertindak boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Kegagalan pihak berkuasa bertindak dikhuatiri akan menyebabkan orang-orang Melayu bangkit sehingga boleh mencetuskan keadaan yang tidak dapat dijangkakan,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved