Kebocoran Bumbung Axiata Arena Ganggu Perlawanan Petronas Terbuka Malaysia

7 Jan 2025 • 5:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perlawanan beregu wanita Malaysia antara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menentang pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2025 terpaksa dihentikan sementara akibat kebocoran bumbung di Axiata Arena.

Bumbung bocor

image is not available

Foto: Astro Awani

Menurut laporan Utusan Malaysia, kejadian berlaku ketika pasangan beregu China itu sedang mendahului 11-10 dalam set pertama.

Insiden kebocoran bumbung yang berlaku akibat hujan lebat itu telah menyebabkan Gelanggang Dua dibasahi air hujan.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Gelanggang Tiga turut terjejas di mana sedang berlangsung perlawanan perseorangan lelaki antara pemain Kanada, Brian Yang menentang wakil India, H.S. Prannoy.

Kebocoran tersebut jelas menganggu rentak Prannoy yang sebelum ini telah memenangi set pertama dengan keputusan 21-12 dan kini sedang mendahului 6-2 dalam set kedua kerana perlawanan terpaksa dihentikan.

Untuk makluman, Kejohanan Terbuka Malaysia 2025 bermula pada 7 Januari dan berakhir pada 12 Januari 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pemain-pemain seperti Leong Jun Hao, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin serta pasangan Pearly Tan-M. Thinaah pastinya menjadi tumpuan peminat Malaysia yang hadir.

Namun begitu, media melaporkan Zii Jia tidak menyertai kejohanan tersebut kerana mengalami kecederaan di ligamen buku lali kanannya semasa beraksi di Jelajah Dunia Akhir pada Disember lalu.

Sumber: Utusan Malaysia (Khairul Idham Mohamed Zaraai), Majoriti (Nazreen Izahar)