Kebocoran paip punca masalah di Kota Kinabalu: Shahelmey 

18 Dec 2024 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SIPITANG: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengesan masalah kebocoran pada beberapa saluran paip air, terutamanya yang sudah lama, yang menyebabkan gangguan bekalan air baru-baru ini di sekitar Kota Kinabalu, termasuk di pusat bandaraya.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shahelmey Yahya, berkata pihaknya sudah menerima maklumat mengenai isu itu dan sedang memantau beberapa lokasi yang dikenal pasti di bandaraya.

AdvertisementKatanya, kebocoran terbabit berpunca daripada saluran paip lama dan penggunaan air kerap, yang menyebabkan perubahan tekanan air.

“JANS memantau perkara ini sejak dua hingga tiga hari lalu ekoran peningkatan permintaan.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Memang terdapat penurunan tekanan air di Kota Kinabalu. Kebocoran ini sebahagiannya disebabkan penggunaan paip lama secara meluas. Apabila berlaku perubahan tekanan yang kerap, ia mengganggu sistem dan menyebabkan kebocoran,” katanya.

Shahelmey berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Krismas 2024 di Esplanade Pekan Sipitang pada Selasa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, dan Pengerusi Qhazanah Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Shahelmey berkata JANS bersama syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd (Jetama), sedang mengagihkan bekalan air ke kawasan-kawasan terjejas. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});