Wanita GRS bantu 15 keluarga mangsa kebakaran Tg Aru

18 Dec 2024 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Seramai 15 keluarga mangsa kebakaran baru-baru ini di Kampung Tanjung Aru Baru menerima sumbangan daripada Wanita Gabungan Rakyat Sabah di Balai Raya Kampung Tanjung Aru Baru.

Kebakaran itu memusnahkan tujuh rumah sekali gus menjejaskan 15 keluarga.

AdvertisementMajlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

“Kita prihatin turut bersimpati kepada semua mangsa kejadian malang ini. Benar kata pepatah, malang tidak berbau. Wajar untuk kita sebagai komuniti untuk tampil dan membantu meringankan sedikit beban mangsa yang dilanda musibah,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Balai Raya Kampung Tanjung Aru Baru, baru-baru ini. Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Azizah berharap sumbangan itu dapat meringankan sedikit bebanan dan memberi semangat baharu kepada mangsa.

Beliau menyeru masyarakat dan organisasi lain untuk terus memberikan sokongan kepada mangsa kebakaran ini, agar mereka dapat kembali membina kehidupan mereka dengan lebih baik.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Mari kita bersama-sama mengambil berat dan prihatin pada keluarga kita, jiran kita, saudara kita tidak kira jauh dekat, kenalan kita dalam komuniti dan semuanya.

“Amalan bantu-membantu bagi meringankan beban mereka yang dilanda kepayahan dan musibah, adalah amat besar ganjaran pahala dari Tuhan dan kita sekaligus dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia,” ujar beliau.

Hadir sama Adun Petagas Datuk Awang Ahmad Shah Datuk Awang Shaari, Ketua Wanita SAPP Noraiza Mohd Noor Mansor, Penolong Bendahari Datuk Surinam Sadikun, Setiausaha Wanita GRS Salmah Sait dan Bendahari Wanita GRS Datin Mary Wong.