
KUALA PILAH – Tindakan seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun meneroka kira-kira tiga hektar kawasan Hutan Simpan Angsi untuk dijadikan kebun dan kawasan penternakan terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa, hari ini.
Operasi pada pukul 10.30 pagi itu dijalankan susulan penerimaan laporan Data Intel berkaitan pencerobohan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati, kawasan itu telah diteroka dan ditanam dengan pelbagai tanaman seperti limau kasturi, durian serta pisang.
Selain itu, suspek dipercayai membina kolam ikan dan menjalankan aktiviti penternakan kelulut di kawasan terbabit.
Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut menyita sebuah mini excavator yang dipercayai digunakan bagi kerja-kerja penerokaan dan pembangunan kawasan berkenaan.
Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Mohd. Yussainy Md. Yusop berkata, kegiatan penanaman di kawasan tersebut dipercayai telah bermula sejak satu hingga dua tahun lalu secara berperingkat.
katanya, suspek ditahan sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. – KOSMO!ONLINE
The post Kebun durian dalam Hutan Simpan Angsi terbongkar appeared first on Kosmo Digital.






