Kecanggihan Model Mercedes-EQS 450+ Dipamerkan Di Midvalley Megamall

Cars
21 Aug 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC - Gambar ihsan Cycle & Carriage

Keterujaan peminat-peminat kereta  buatan Jerman cukup memuncak tatkala sebuah model baharu  rangkaian kenderaan elektrik (EV) Mercedes-EQ yang menggunakan sumber tenaga hijau iaitu Mercedes-Benz EQS 450+ telah diperkenalkan baru-baru ini. 

Menerusi sebuah pameran berkenaan teknologi elektrifikasi yang masih berlangsung di Mid Valley, pengunjung telah diberi peluang untuk melihat sendiri model Mercedes-Benz EQS 450+ serta mengenali reka bentuknya dengan lebih dekat lagi. 

image is not available
Mercedes C300 AMG Line

Ia ternyata memberikan suatu pengalaman yang luar biasa, apabila pengunjung berpeluang untuk masuk ke dalam kereta tersebut dan merasai sendiri kehebatan model baharu Mercedes-EQ ini. 

Apa yang menarik, Mercedes-Benz EQS 450+  telah dilengkapi dengan ciri-ciri sistem pemanduan kereta elektrik pintar yang dikuasakan bateri bervoltan tinggi untuk memberikan penggayaan yang memukau ketika memandu.

image is not available
Mercedes-Benz EQS 450+

Dalam pameran ini juga, Cycle & Carriage Bintang yang merupakan salah satu syarikat pengedar Mercedes-Benz di Malaysia turut mempamerkan beberapa barisan model Mercedes-AMG. 

Misalnya, Mercedes-AMG A 35 Sedan 4MATIC dengan pemasangan sistem digital pada kokpit kenderaan serta Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC compact SUV yang serba boleh serta sesuai untuk pemandu yang suka mengembara turut berada dilokasi tersebut.

image is not available
Pengunjung berpeluang untuk masuk ke dalam kereta tersebut dan merasai sendiri kehebatan model-model baharu ini

Bahkan, ia turut memperlihatkkan model terbaharu Mercedes iaitu C300 AMG Line dan GLC 300 e Coupé yang punya kecanggihan teknologinya yang tersendiri. Pameran ini bakal berakhir malam ini. - Getaran, 21 Ogos 2022