Kecewa dengan isteri, lelaki ditemui mati berhampiran kubur

13 Jun 2024 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

JERANTUT - Seorang lelaki sempat berbual dengan rakannya sebelum ditemui meninggal dunia di sebuah pondok berhampiran kawasan kubur dekat Batu 2 di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki itu kira-kira jam 8.15 daripada orang awam.

Menurutnya, mangsa berusia 60 tahun sempat berbual dengan rakannya dan memberitahu dia kecewa dengan isterinya.

"Anak mangsa juga ada memberitahu yang lelaki tersebut menerima rawatan darah tinggi dan asma," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan mangsa didapati tiada unsur- unsur jenayah.

Jelas beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat.