Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Di Depan Reban Ayam

31 May 2024 • 11:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Di Depan Reban Ayam

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta Toyota Vios di Kampung Parit Baru, Kayu Ara Pasong di Pontian, Johor hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat di dalam sebuah kereta di hadapan reban ayam itu pada jam 12.45 tengah hari.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, mendapati mayat lelaki tempatan berusia 31 tahun yang berada di kerusi pemandu itu dipercayai telah mati beberapa hari.

“Ia berdasarkan keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan.

“Siasatan awal juga mendapati si mati merupakan orang yang pernah dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu. Pihak keluarga telah dimaklumkan tentang kejadian dan diminta hadir ke Hospital Pontian untuk pengecaman.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Pontian untuk proses bedah siasat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujarnya lagi, kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, diminta menghubungi terus talian Hotline IPD Pontian 07-6869999,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd Jalil berkata, seramai tujuh anggota bomba telah dihantar ke lokasi penemuan bagi membantu mengeluarkan mayat dari kereta tersebut.

Terdalu, video penemuan mayat berkenaan yang berdurasi satu minit 50 saat turut menjadi tular di media sosial.

Sumber: Sinar Harian