Kecewa Dengan Servis Sebuah Restoran Di Metrocity, Netizen Nasihat Perbaiki Khidmat Pelanggan

17 Mar 2023 • 4:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu ini luah rasa kecewa terhadap servis di laman Facebooknya

Kecewa Dengan Servis Sebuah Restoran Di Metrocity, Netizen Nasihat Perbaiki Khidmat Pelanggan. Banyak kali kita telah mengalami kekecewaan dengan perkhidmatan restoran yang kita lawati. Salah satu contohnya adalah apabila kita ingin memesan hidangan di restoran tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan hati kita.

Baru-baru ini, satu perkongsian di Facebook telah tular di mana individu tersebut mengungkapkan rasa kecewa dan kesal terhadap perkhidmatan makanan di sebuah restoran di Kuching.

image is not available
Kecewa Dengan Servis Di Sebuah Restoran Di Kuching, Netizen Nasihat Minta Perbaiki

Susah untuk mendapatkan tempat duduk di restoran tersebut

Difahamkan menerusi perkongsian individu tersebut, individu ini menceritakan bagaimana servis yang diterimanya agak kurang menyenangkan. Katanya, dirinya sedang berdiri menunggu untuk mendapatkan tempat duduk di restoran tersebut kerana tempat tersebut dipenuhi dengan pelanggan.

Sementara dirinya sedang menunggu, orang lain yang baru datang pula memotong dan mengambil tempat duduk tersebut. Hujungnya, individu tersebut bertindak untuk pulang sahaja.

Kongsian tersebut telah meraih sebanyak 468 kongsian dan 388 komen dari netizen Sarawak.

image is not available
Kecewa Dengan Servis Sebuah Restoran Di Metrocity, Netizen Nasihat Perbaiki Khidmat Pelanggan

Semoga restoran tersebut dapat meningkatkan perkhidmatan mereka

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut merasa kesal terhadap servis yang ditawarkan daripada restoran tersebut. Ada yang mengatakan bahawa mereka sering tagged pemilik restoran tersebut namun masih belum ada apa-apa tindakan.

Sambil itu, netizen turut selitkan nasihat untuk perbaiki servis mereka. Semoga restoran tersebut dapat meningkatkan perkhidmatan mereka dan memastikan bahawa pelanggan merasa puas dengan pengalaman mereka.

image is not available

Ketahui juga bahawa terdapat sebuah restoran yang diarahkan tutup baru-baru ini. Lihat pautan di bawah: