Kongsi Video Memerang Dan Buaya ‘Chilling’ Di Sungai Sarawak, Buat Netizen Terhibur

14 Mar 2023 • 9:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau buaya kita dah selalu dah tengok tengah santai tepi sungai di Sarawak ni. Kalau memerang pulak?

Kongsi Video Memerang Dan Buaya ‘Chilling’ Di Sungai Sarawak, Buat Netizen Terhibur. Sungai Sarawak memang agak terkenal dengan habitat yang spesies seperti buaya. Mana taknya, orang Sarawak pun dah anggap macam normal apabila ternampak buaya di gigi air.

Namun, lain pula kejadian yang berlaku baru-baru ini apabila individu ini sempat mengambil gambar buaya sedang bersantai di tepi Sungai Sarawak disertakan sekali video sekumpulan memerang sedang bermain di sungai tersebut.

image is not available
Kongsi Video Memerang Dan Buaya ‘Chilling’ Di Sungai Sarawak, Buat Netizen Terhibur. Kredit: FB Billy Kidman

Buaya terlihat sedang ‘chilling’ di tepi Sungai Sarawak, manakala memerang sedang bermain di sungai tersebut.

Kongsian video di kumpulan Facebook Kuching-Then and Now tersebut telah menarik perhatian netizen. Video tersebut diambil di Sungai Sarawak dan telah membuat netizen terhibur.

Menerusi kapsyen yang dimuatnaik individu tersebut, terlihat seekor buaya sedang bersantai di tepi sungai, sementara sekumpulan memerang terlihat berenang di kawasan tersebut.

image is not available
Kredit: FB Billy Kidman

Rupa-rupanya, ini bukanlah kali pertama mereka melihat memerang bermain air di kawasan Kuching ini. Sebelum ini juga pernah tular di mana netizen pernah jumpa sekumpulan memerang kawasan sungai.

Namun ada juga yang mengatakan bahawa ini kali pertama mereka melihat memerang sedang berenang di Sungai Sarawak. Walaupun memerang kelihatan agak comel, tetapi berwaspada lah ya, mereka boleh menjadi haiwan agresif jika berada di dalam kelompok.

image is not available

Buat penduduk di Matang, anda harus berwaspada kerana terdapat buaya sebesar 10 dan 16 kaki telah terlepas di Matang Wildlife. Baca lebih lanjut di bawah: