
SIPITANG: Penduduk Kampung Kesili kecewa dengan keadaan jalan yang teruk selepas pokok tumbang tidak dibersihkan menyebabkan mereka tidak selesa menggunakannya.
Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu Daily Express pada Isnin bahawa keadaan jalan raya terutama di tepi jalan ditumbuhi semak dan berbahaya untuk dilalui.
Bagi penduduk, jalan itu penting kerana ia menghubungkan kampung dengan kawasan pekan.
“Pada waktu malam, penduduk takut untuk menggunakannya kerana bukan sahaja tiada lampu jalan, malah keadaan yang terlalu semak boleh menarik binatang liar seperti ular dan lain-lain,” kata penduduk itu.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Jalan itu ditumbuhi semak selepas sebatang pokok tumbang dan hanya sebahagiannya dibersihkan oleh penduduk, yang berharap syarikat konsesi akan membersihkannya mengikut jadual.
Bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sindumin, Sani Miasin, berkata jalan itu terletak di bawah bidang kuasa syarikat konsesi Pembinaan Kekal Mewah.
“Mereka bertanggungjawab membersihkan jalan untuk keselesaan penduduk,” katanya ketika dihubungi.
Sani mendakwa Pemborong Kekal Mewah bertanggungjawab membersihkan semua jalan yang berdaftar dengan kerajaan yang sepatutnya mempunyai kontraktor atau syarikat konsesi pembersihan yang bertanggungjawab.
“Diharap syarikat konsesi iyu tidak mengabaikan tanggungjawab dalam menjalankan tugas bagi memastikan jalan raya di bawah jagaannya sentiasa bersih,” katanya lagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![“Siapa Yang Salah?”- Rider Mencelah Ketika Jalan Sesak Hingga Terkena Side Mirror Kereta Jadi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
