“Siapa Yang Salah?”- Rider Mencelah Ketika Jalan Sesak Hingga Terkena Side Mirror Kereta Jadi Perhatian [Video]

Cars
11 Jun 2024 • 12:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya insiden yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya atau yang lebih teruk jika menyebabkan kematian.

Namun, ada keadaan yang memerlukan setiap pengguna jalan raya bertolak ansur sebagai contoh ketika melalui jalan yang sempit, sesak atau ketika lampu isyarat tidak berfungsi.

Penunggang Motosikal Mencelah Diantara Dua Kereta

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi X di akaun @MALAYSIAVIRALLL, kelihatan seorang penunggang motosikal cuba mencelah di antara kereta Perodua Alza dan Perodua Ativa.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakannya yang cuba menyelit di laluan sempit itu ketika kedua-dua kereta berhenti kerana kesesakan jalan raya.

Lebih merumitkan keadaan apabila kedua-dua kereta dilihat rapat ke garisan tengah itu. Keadaan ini pasti menyukarkan mana-mana motosikal untuk melepasinya.

Namun, penunggang motosikal itu dilihat tetap meneruskan niatnya. Perbuatan rider berkenaan menyebabkan dia terlanggar cermin sisi kereta Perodua Ativa yang berada di sebelah kiri hingga menyebabkan cermin sisi motosikalnya turut terlipat ke belakang.

Melalui video itu juga, kedengaran dia menekan hon sebagai isyarat kepada pemilik kereta itu agar memberi sedikit laluan kepadanya sebelum berjaya melepasi laluan sempit itu.

Ada Sokong Kereta, Ada Sokong Motor

Video yang dikongsikan itu nyata meraih perhatian warganet. Rata-rata mempunyai pendapat mereka tersendiri.

Ada yang berpendapat kedua-dua pengguna jalan raya itu salah. Namun, ada juga yang menyalahkan penunggang motosikal itu serta meletakkan kesalahan kepada kedua-dua pemandu kereta berkenaan.

Segelintir warganet berpendapat penunggang motosikal berkenaan seharusnya bersabar dan tidak melalui laluan sempit itu serta menunggu sahaja kedua-dua kereta berkenaan bergerak.

Namun, ada juga yang tidak menyalahkan rider berkenaan kerana mereka berpendapat pemandu kereta tersebut seharusnya memberi laluan kepada penunggang motosikal itu lebih-lebih lagi di laluan yang kecil.

Berikut antara komen warganet:

“Aku Pengguna Motor, Aku Juga Pengguna Kereta. Dalam Hal Ini, Dua-Dua Salah”

image is not available

“Aku Pun Bawa Kereta Dengan Motor, Kalau Rasa Tiada Ruang, Aku Tak Menyelit Sebab Nak Kena Jaga Keselamatan Juga”

image is not available

“Dalam Situasi Ini Rider Tak Salah, Kereta Yang Patut Mengalah, Kenapa Kereta Lain Ada Ruang Untuk Laluan Motor?

image is not available

“Kereta Pun Satu, Dah Tahu Ada Motor Nak Lalu, Bagi Laluan Sikit”

image is not available

“Mana Boleh Himpit Kiri & Kanan Tu, Dah Tak Muat”

image is not available

“Apa Nak Buat, Jalan Makin Kecil, Kereta Makin Besar”

image is not available

“Motor Tak Boleh Berhenti Tunggu Ke? Dah Tahu Jalan Jem”

image is not available

“Dah Langgar Lari, Angkat La Tangan Minta Maaf”

image is not available

Source: