Kecewa Kabinet Tolak Sekatan Tambahan Terhadap Israel, Menteri Luar Belanda Umum Letak Jawatan

Entertainment
23 Aug 2025 • 12:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp, meletakkan jawatan selepas gagal memperoleh sokongan Kabinet untuk melaksanakan sekatan tambahan terhadap Israel susulan operasi ketenteraan di Gaza.

image is not available

Veldkamp daripada parti New Social Contract (NSC) berdepan tentangan berterusan daripada rakan Kabinet berhubung cadangannya, termasuk larangan kemasukan terhadap dua menteri sayap kanan Israel, Bezalel Smotrich dan Itamar Ben-Gvir, yang dituduh mencetuskan keganasan peneroka terhadap rakyat Palestin.

Beliau turut membatalkan tiga permit eksport komponen kapal tentera laut, sambil memberi amaran mengenai risiko penyalahgunaan ketenteraan di Gaza.

“Saya melihat sendiri keadaan di Gaza – serangan ke atas Gaza City, rancangan pembinaan penempatan baharu di kawasan pertikaian E1 di Tebing Barat, serta di Baitulmaqdis Timur”

Peletakan jawatan itu meninggalkan Belanda tanpa Menteri Luar ketika Kesatuan Eropah (EU) sedang menilai jaminan keselamatan untuk Ukraine dan meneruskan rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Susulan itu, semua menteri dan Setiausaha Negara daripada NSC turut meletakkan jawatan sebagai tanda solidariti.

image is not available

Kerajaan Belanda sebelum ini tumbang pada 3 Jun lalu dan kini ditadbir kerajaan minoriti sementara sehingga gabungan baharu dibentuk selepas pilihan raya Oktober.

Sementara itu, Israel meneruskan serangan di Gaza dengan matlamat menguasai Gaza City, melemahkan Hamas serta menekan rundingan pembebasan tebusan.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.