Kecewa Kekasih Curang, Lelaki Sanggup Habis RM140,000 Buat Pembedahan Plastik Demi Ubah Wajah!

16 Nov 2026 • 7:58 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Kecewa Kekasih Curang, Lelaki Sanggup Habis RM140,000 Buat Pembedahan Plastik Demi Ubah Wajah!

Kecewa selepas mengetahui kekasih berlaku curang, seorang lelaki dari Jepun mengambil keputusan drastik apabila sanggup membelanjakan jutaan yen untuk menjalani pembedahan plastik demi mengubah penampilannya.Lelaki dikenali sebagai Yura itu dilaporkan menghabiskan kira-kira lima juta yen, bersamaan sekitar RM140,000, bagi menjalani beberapa prosedur kosmetik sehingga penampilan baharunya dikatakan jauh berbeza berbanding dahulu.Memetik laporan 8 Days, Yura berkongsi kisah perubahan dirinya menerusi program variasi Jepun, Nanani Underground terbitan ABEMA.Menurut Yura, dia sudah lama berdepan masalah keyakinan diri terhadap penampilan fizikal sejak kecil.Bagaimanapun, perasaan tersebut menjadi semakin serius apabila mendapat tahu kekasihnya berlaku curang ketika mereka masih menuntut di universiti.“Kalau saya cukup kacak, mungkin dia tidak akan curang,” katanya ketika mengenang kembali peristiwa berkenaan.Ditolak Kerja Kerana Tidak Cukup KacakSelain pengalaman dikhianati kekasih, Yura turut berdepan satu lagi kekecewaan apabila permohonannya untuk bekerja di sebuah kelab hos ditolak.Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa penolakan tersebut dibuat secara terus terang kerana penampilannya dianggap tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.“Kami hanya mengambil lelaki yang kacak untuk bekerja di sini,” demikian alasan yang diterimanya.Pengalaman itu akhirnya mendorong Yura untuk melakukan perubahan besar terhadap wajah dan penampilannya.Antara prosedur yang dijalaninya termasuk pembedahan kelopak mata berganda, pembuangan kantung bawah mata, sedut lemak pada bahagian muka dan leher serta suntikan filler bagi mengurangkan garis senyuman.Keseluruhan prosedur berkenaan menelan belanja sekitar lima juta yen.Penampilan Baharu Buat Ramai TerkejutTransformasi Yura ternyata mengejutkan pengacara program Nanani Underground yang menyifatkan wajahnya kelihatan seperti individu berbeza.“Dia kelihatan seperti orang yang benar-benar berbeza!” kata salah seorang individu dalam program tersebut.Perubahan penampilannya turut mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga ada yang menggelarnya sebagai lelaki transformasi.Malah, ada juga yang membandingkan wajah baharunya dengan penyanyi dan pelakon Jepun, Kazuya Kamenashi.Menariknya, selepas menjalani perubahan penampilan tersebut, Yura tidak meneruskan hasrat asalnya untuk bekerja di kelab hos.Sebaliknya, dia kini dilaporkan aktif dalam bidang media sosial selain menjalankan perniagaan berkaitan salun kecantikan dan restoran.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perubahan tersebut turut membantu Yura menemui pasangan baharu.Kisahnya mencuri perhatian kerana memperlihatkan bagaimana pengalaman dicurangi dan penolakan akibat penampilan fizikal menjadi antara faktor yang mendorongnya melakukan transformasi besar dalam kehidupan.Sumber: 8 Days

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved