Kecoh Dakwaan Telah Bernikah Di Thailand, Marissa Dania Dilihat Tetap Kekal Tenang

Entertainment
14 Feb 2024 • 11:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania hangat diperkatakan di media sosial apabila dirinya didakwa sudah bernikah dengan seorang jejaka, Aslam di Thailand.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Marissa dilihat masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Terbaru! Menerusi IG Story, anak kepada Norman Hakim itu dilihat kekal tenang apabila dia berkongsi gambar point of view (POV) di depan alatan solek dipercayai ketika sedang bersiap untuk menjalani sesi penggambaran.

image is not available

Sebelum ini kami ada melaporkan yang isteri kepada Aslam, Misya Mazlan tampil bersuara selepas beberapa hari kecoh dakwaan Marissa Dania yang bernikah dengan Aslam di Thailand.

Menerusi IG Story, Misya memuat naik satu foto menunjukkan dirinya di Mekah dengan meletakkan tulisan mengenai ujian yang menimpa dirinya ketika ini.

Misya berkata keikhlasan yang membantunya untuk tenang dan berlapang dada untuk tidak membenci sesiapa dan menerima apa yang berlaku.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved