Kecoh di Instagram tentang Notes, untuk apa kegunaannya?

Digital
15 Dec 2022 • 12:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Instagram mula lancarkan ciri baru iaitu Notes. Ramai yang sudah temui ciri ini di bahagian Direct Message (DM) dan pasti ada yang tertanya-tanya apa kegunaanya? Notes sebenarnya merupakan cara baru untuk anda kongsikan sesuatu secara bertulis, ia seperti Stories tapi dalam bentuk status iaitu ayat ringkas. Dalam masa yang sama, anda juga boleh lihat Notes rakan lain yang anda ikuti di situ.

Notes membenarkan anda tulis sehingga 60 aksara menggunakan hanya teks dan emoji. Di sini bolehlah anda tulis soalan atau apa yang anda ingin semua pengikut anda tahu, contohnya “Saya tidak sihat” atau “Hai semua! Saya baru tiba di Malaysia, jom jumpa!”. Nota yang anda kongsikan itu akan muncul di bahagian atas DM rakan lain selama 24 jam. Balasan kepada nota itu akan jadi sebagai DM.

image is not available

Untuk meninggalkan Notes, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Di halaman DM, pergi ke bahagian atas
  2. Tekan simbol + pada gambar profil anda

image is not available

  1. Kemudian, tulis perkara yang anda mahu dalam ruang Share what’s on your mind
  2. Seterusnya pilih pengikut yang boleh baca Notes itu sama ada pengikut yang anda ikuti atau Close friends sahaja
  3. Setelah selesai, tekan Share di bahagian atas kanan

image is not available

Cara gunakan Notes sini sangat senang. Anda boleh kongsikan apa sahaja untuk mulakan perbualan dengan orang lain. Dibandingkan dengan Stories, pengikut perlu tekan pada gambar profil untuk akses perkongsian anda. Tapi untuk Notes, penulisan anda akan terpampang di gambar profil dan semua pengikut boleh bacanya dengan mudah.

Hanya satu kenyataan sahaja boleh dikongsikan dalam satu masa. Jadi, jika anda nak tukar Notes yang baru, anda perlu padam dahulu Notes yang sudah anda kongsi.

[Sumber: Meta]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved