Kecoh Di Putra Heights: Makcik ‘Sound’ Ibu Bawa Anak Kecil Ke Masjid, Katanya Tak Ada Adab

LocalOpinion
8 Dec 2024 • 4:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
makcik masjid

Baru-baru ini, tular di media sosial kelakuan seorang mak cik yang dikatakan mengherdik jemaah wanita yang membawa anak kecil ke masjid.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di masjid kawasan Putra Heights, Selangor sehingga mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Mak cik tersebut dikatakan menengking dengan kasar dan melabelkan anak-anak kecil tersebut sebagai tidak beradab.

Mak cik herdik ibu bawa anak kecil ke masjid

image is not available

Kejadian itu menjadi viral selepas individu yang menyaksikannya memuat naik kisah tersebut ke dalam Facebook Group komuniti setempat.

Menurutnya, meskipun wanita tersebut telah meminta maaf, mak cik tersebut terus memarahi dengan suara yang kuat. Hantaran itu turut mengundang perhatian ramai yang pernah mengalami kejadian serupa.

Bukan kali pertama berlaku

image is not available

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama mak cik tersebut bertindak demikian. Beberapa saksi mendakwa situasi yang sama pernah berlaku kepada jemaah lain sebelum ini.

Ada juga yang meminta pihak masjid untuk campur tangan dalam isu ini demi menjaga keharmonian jemaah.

#OhmediaNasihat

Walaupun ramai menyokong tindakan membenarkan kanak-kanak ke masjid, ibu bapa juga perlu lebih peka dengan tingkah laku anak-anak supaya tidak mengganggu jemaah lain.

Kepada mak cik itu pula, tegurlah dengan berhemah jangan sampai mengherdik di khalayak ramai. Kedua-dua pihak diingatkan agar saling memahami demi kebaikan bersama.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook