Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

29 Oct 2024 • 2:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas isu yang membabitkan selebriti lain yang sedang bedepan kemelut rumah tangga.

Lebih Baik Diam 



“Kita ada aib yang kita kena jaga, ada rezeki yang Allah sedang jaga. Kalau boleh jangan rosakkan apa yang kami ada sekarang.

“Kami tak mahu cakap apa-apa sebab kami tak mahu kena tempias. Kami pastikan Allah jaga aib kami, Insya-Allah,” ujar Sweet.

Sweet dan Adam ditemui pada majlis pelancaran filem lakonan terbaharu mereka yang berjudul Babah di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail pada Isnin.

Bimbang Terpalit Isu Sama

Bagi Adam pula, dia mengakui bimbang sekirang situasi sama berlaku kepada rumah tangga mereka kelak.

“Industri ini kecil, nanti-nanti akan jumpa juga orang yang sama.

“Kami juga tak tahu hubungan kami bagaimana walaupun kami dah jaga sebaik mugkin. Semuanya rahsia tuhan,” kongsi Adam.
 

Cari Karakter Berbeza Dalam Lakonan

Mengulas mengenai gandingan dalam filem Babah, Adam dan Sweet mengakui selesa berlakon bersama namun tetap akan mencari peluang untuk menampikan sisi karakter yang berbeza demi penonton.

“Sebelum kami berkahwin pun pernah bekerjasama. Jadi kami tahu baik buruk apabila bekerja bersama. Ada saja bila kena berlakon sekali tetapi kami tak mahu. Ada saja fasa begitu.

“Bila kami dapat satu watak atau penceritaan yang seronok, yang perlu kami cuba seperti watak yang berbeza dari kebiasaan, ia menjadikan ‘teamwork’ untuk kami hasilkan sesebuah karya.

“Kami pastikan setiap watak yang dapat dalam sesebuah projek itu nampak sisi yang berbeza, bukan watak sebagai suami dan isteri yang sama saja karakter. Kalau boleh nak ubah karakter itu biar orang tak bosan,” kongsi Sweet lagi.

Filem Babah yang menampilkan Qi Razali, Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee, Kis Aisha, Dhia Arissa, Daniella Qabeela dan ramai lagi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 5 Disember 2024.