Kecoh Isu ‘Scam’ Pelanggan Hampir RM400k, Kim Seri Beri Jaminan Akan Bayar 2 Bulan Lagi

Entertainment
17 Dec 2024 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika ini, nama influencer terkenal di TikTok, Kim Seri yang kini menetap di Korea Selatan menjadi bualan hangat di media sosial susulan didakwa menipu pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya untuk bercuti di negara itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Kim Seri memaklumkan bahawa dia berjanji akan menyelesaikan isu tersebut.

Katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story, dia meminta maaf atas isu yang sedang timbul dan memohon para pelanggan untuk memahami dalam dia melunaskan hutang tersebut.

“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan setulus hati atas segala kebimbangan dan kesulitan yang telah saya timbulkan.

“Saya berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, saya memohon agar anda dapat memahami bahawa pada masa ini, saya tidak dapat untuk melunaskan jumlah pemulangan secara sekali gus.”

Jelasnya, dia memberi jaminan bahawa akan menyelesaikan isu terbabit melalui pelan pembayaran dan akan membayarnya sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Kata influencer itu juga, dia akan memberikan butiran dokumen penyelesaian untuk para pelanggannya yang terjejas pada esok hari.

image is not available

Didakwa hutang pelanggan hampir RM400k

Terdahulu, seorang individu memuat naik senarai nama yang ditipu oleh Kim Seri dan wanita itu didakwa telah berhutang dengan 28 individu, yang mana jumlah keseluruhan kerugian mencecah lebih RM350,000.

Ramai meluahkan kemarahan sehingga meminta pihak berwajib di Korea Selatan untuk masuk campur dalam isu ini.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.