Kecoh Isu Tak Bayar Hutang MARA, Lebih 20K Tonton ‘Live’ Rozita Che Wan Di TikTok

Entertainment
11 Dec 2024 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Rozita Che Wan menjadi sebutan ramai semalam apabila tular laporan mengatakan aktres tersebut tidak menjelaskan hutang pinjaman bernilai RM 1 juta daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Namun bagai tidak mengendahkan apa yang berlaku, Rozita yang lebih mesra dikenali sebagai Che Ta dilihat tampil menjual baju terpakai secara live di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam siaran langsung tersebut, Che Ta juga bukan saja mempromosikan baju miliknya namun pakaian terpakai (preloved) dari ahli keluarga lain.

image is not available

Mengejutkan, sesi live berkenaan telah mendapat tontonan lebih 20,000 pengguna dan memperolehi kira-kira 200,000 tanda suka.

Siaran langsung yang difahamkan telah bermula dari jam 9 malam sehinggalah ke lewat tengah malam.

Rata-rata netizen menerusi ruang komen telah bertanyakan pelbagai soalan kepada Che Ta termasuklah isu hutang dengan MARA tersebut, namun perkara itu tidak diendahkan aktres itu yang hanya fokus menjual barang-barangnya.

Menurut Che Ta lagi, jualan baju-baju tersebut adalah untuk mengosongkan rak di premis miliknya. Dia juga katanya telah membuat jualan berkenaan sejak tahun 2016 lagi.

image is not available

Che Ta repost kata-kata semangat dari kawan

Dalam pada itu, Rozita juga dilihat repost posting dari sahabatnya yang mengatakan aktres tersebut akan membayar hutang itu dan tidak sepatutnya para netizen mengecamnya kerana pelakon itu sedang mencari rezeki.

image is not available

Apa-apapun kita tunggulah statement rasmi dari Che Ta berhubung isu ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.