Kecoh Kes Artis Ditangkap Khalwat, Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Dilihat Menerusi CCTV Kondo?

Entertainment
9 Mar 2024 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pagi tadi, kecoh di media sosial tentang berita penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang telah ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium namun identiti wanita tersebut ketika itu masih belum dapat dipastikan.

Namun, memetik laporan Harian Metro, kelibat Aliff Aziz dan pelakon wanita popular iaitu Ruhainies dikatakan telah dilihat dalam sebuah video rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kondominium.

image is not available

Difahamkan, video CCTV itu bertarikh pada 25 Februari. Dalam video CCTV terbabit, dapat dilihat Ruhainies dan Aliff sedang berjalan ke arah lif bangunan tersebut dari lobi.

Ketika operasi oleh pihak JAWI malam tadi juga, ahli keluarga Ruhainies dikatakan turut berada di bangunan kondominium terbabit.

Pelakon, Risteena Munim yang juga kakak kepada Ruhainies dikatakan telah dilihat berada di premis kondominium terbabit namun dia dan dua lagi adiknya beredar tak lama kemudian kerana diminta berbuat demikian oleh pengawal keselamatan kondo itu dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Difahamkan, Ruhainies dan Aliff Aziz baru-baru ini ada menjalani penggambaran bersama-sama untuk sebuah drama tempatan.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.