Kecoh kompleks kerajaan di Putrajaya diganggu entiti misteri

20 Aug 2025 • 9:46 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tular di media sosial dakwaan sebuah kompleks kerajaan di Putrajaya diganggu entiti misteri. Rakaman video dan beberapa foto yang tersebar memaparkan papan tanda “laluan kecemasan” bergoyang sendiri, selain kelibat figura berambut panjang berpakaian putih yang didakwa dirakam oleh kakitangan.

Susulan itu, pihak kompleks difahamkan telah memanggil perawat Islam untuk mengadakan sesi ruqyah serta ‘memagar’ kawasan bangunan. Malah, satu notis dalaman Unit Keselamatan turut mengesahkan program pembersihan rohani dijalankan selepas solat Maghrib dengan bacaan ayat suci al-Quran dipasang melalui pembesar suara di blok berkenaan.

image is not available
Pencetus Threads: Tiramizue

image is not available
Kelibat entiti berpakaian putih yang kononnya berjaya dirakam lensa telefon pintar | Kredit gambar: Orang awam

image is not available
Individu sahkan pihak pengurusan kompleks berkenaan ambil tindakan

Baca juga:

Dakwaan timbulkan keraguan

Beberapa pengguna media sosial yang mendakwa bekerja di pejabat terbabit menceritakan, mereka sendiri mengalami gangguan aneh ketika bertugas. Malah ada yang mendakwa pekerja pembersihan turut terkesan dan merasa ragu dengan suasana di bangunan itu.

Namun begitu, tidak semua percaya. Ada yang menegaskan gambar tular sebenarnya gambar lama dari lokasi berbeza, sedangkan kejadian di Putrajaya hanya melibatkan sesi ruqyah. Segelintir netizen pula berpendapat papan tanda yang bergoyang mungkin disebabkan aliran udara penyaman.

image is not available
Kakitangan tampil beri penjelasan dan penafian

Henti sebar gambar tidak sahih

Di sebalik sensasi yang tercetus, pihak tertentu mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau dakwaan tanpa pengesahan kerana boleh menimbulkan keresahan awam. Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh mengundang siasatan pihak berkuasa.

Semakan pada pencetus Threads, individu yang bertanggungjawab telah memadamkan video dan gambar tersebut.

image is not available
Individu minta hentikan penyebaran maklumat yang tidak benar

Bolehkah kamera rakam makhluk halus?

Dari sudut saintifik, kamera berfungsi merakam cahaya yang dipantulkan objek fizikal, sama seperti mata manusia yang hanya mampu melihat dalam spektrum cahaya nampak (380–750 nanometer). Jika sesuatu entiti tidak boleh dilihat dengan mata kasar, secara prinsipnya kamera biasa juga tidak mampu merakamnya.

Kewujudan bayangan atau kelibat dalam foto/video biasanya boleh dijelaskan melalui faktor teknikal seperti pantulan cahaya (glare), habuk atau serangga dekat lensa, motion blur atau ilusi visual (paridolia) yang membuatkan otak manusia melihat “wajah” pada imej rawak.

image is not available
Kamera telefon pintar | Gambar hiasan

Oleh itu, pakar menegaskan fenomena yang kelihatan aneh bukan bukti kukuh kewujudan makhluk halus, sebaliknya lebih kepada kesan teknikal kamera atau gangguan pencahayaan.

Dalam kes ini, memandangkan imej yang tersebar kelihatan terlalu jelas dengan bentuk manusia lengkap, besar kemungkinan ia telah melalui proses suntingan digital. Hal ini selari dengan pandangan segelintir warganet yang menegaskan gambar berkenaan tidak asli, sebaliknya diubah suai bagi menambahkan unsur sensasi.

Faktor ini menguatkan lagi hujah bahawa bukti visual tersebut tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk mengaitkannya dengan gangguan makhluk halus.