Kecoh Lagu Kebangsaan China Dimainkan Di Kampus, Ini Penjelasan UM

LocalPolitics
22 Jan 2025 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Malaya (UM) tampil menjelaskan isu yang timbul semasa acara sambutan Tahun Baru Cina yang dinamakan Spring Festival Gala 2025 yang berlangsung di kampus universiti itu, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan UM, acara terbabit merupakan program anjuran Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.

Jelasnya, acara itu bukan di bawah anjuran universiti sebaliknya hanya menjadikan institusi tersebut sebagai lokasi sambutan program berkenaan sahaja.

image is not available

UM berkata, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara berkenaan dan pihaknya telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Jelasnya, sebagai universiti tertua di negara ini, UM sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti universiti.

“Dalam masa yang sama, Universiti Malaya turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan sekumpulan pelajar dalam sebuah dewan berdiri untuk menyanyikan lagu Kebangsaan China dan Negaraku.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved