Kecoh rumah tangga bergoyah, Shuk Sahar & Fara Salleh tunai umrah bersama

LocalEntertainment
23 Aug 2024 • 12:04 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh tunai umrah bersama selepas kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.

Selepas kontroversi itu, Fara Salleh dilihat memuat naik foto berupa pasport tertera namanya dan Shuk di Instagram Story, hari ini.

Perkongsian itu seolah-olah memberi gambaran hubungan mereka kini sudah baik.

“Healing,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

image is not available

Shuk Sahar & Fara Salleh tunai umrah bersama

Terbaharu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar memuat naik foto bersama isterinya sedang menunaikan umrah bersama.

Berserta kapsyen ringkas, pelawak berusia 38 tahun itu memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang menunaikan ibadah umrah sekali lagi.

“Alhamdulillah, diizinkan Allah (emoji hati),”tulisnya.

image is not available

Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk suaminya yang didakwa memburukkan dirinya ke teman-teman rapat.

Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.

 

image is not available

Apa pun, syukur Alhamdulillah buat pasangan ini. Semoga dengan menunaikan ibadah umrah ini dapat menjernihkan hubungan suami isteri. Biasalah setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved