Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”

23 Aug 2024 • 10:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelawak Shuk Sahar menutup spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dengan memuat naik foto di Instagram memperlihatkan mereka kini berada di Tanah Suci, Mekah.

Syukur diberi peluang

Menerusi perkongsian tersebut, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar melahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk berada di sana.

 

“Alhamdulillah diizinkan Allah,” tulis Shuk secara ringkas di perkongsian tersebut.

 

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat pasangan suami isteri itu masih dalam keadaan baik dan dapat bersama di tanah suci.

 

 

Malah netizen turut mendoakan agar rumah tangga Shuk dan isteri kekal hingga ke jannah.

 

“Semoga kalian berdua terus dilimpahi rasa kasih dan cinta dengan rahmat Allah demi meraih cinta Allah sampai Syurga. Aamiin.

 

“Alhamdulillah… moga ikatan perkahwinan yang dibina kekal.

 

“Bagus Shuk… selamatkan rumah tangga selagi boleh,” komen beberapa netizen.

Pernah kongsi masalah

Sebelum ini, Fara pernah kongsikan permasalahan rumah tangganya di platform Thread yang mengundang pelbagai spekulasi antara dia dan suaminya, Shuk Sahar.

 

Bagaimanapun Shuk memilih untuk berdiam diri dan menegaskan dia tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.

 

Perkongsian rakan kepada Shuk Sahar dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di Instagram yang mendedahkan tentang masalah rumah tangga pelawak itu dengan Fara turut menarik perhatian netizen.

 

Menerusi hantaran tersebut, Raje mendakwa dia pernah menjadi saksi melihat Fara sering memarahi Shuk, ketika mereka berniaga nasi kerabu di Singapura.