Kecoh Tesla Tak Jadi Bina Kilang Di M'sia, MITI Akan Jumpa Tesla

LocalTechnology
10 Aug 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kecoh mengenai Tesla yang yang dilaporkan tidak akan membina kemudahan pembuatan EV di Malaysia menyebabkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Tesla Inc. (Tesla) akan mengadakan pertemuan khas pada 22 Ogos ini.

Perjumpaan itu akan diadakan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung dakwaan pembatalan perancangan membangunkan kilang di Asia Tenggara termasuk di negara ini.

image is not available

"Kami akan menemui pihak pengurusan atasan Tesla dari Amerika Syarikat dalam dua minggu lagi," katanya.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul memberitahu, pembatalan itu tidak akan menjejaskan Malaysia sebagai salah satu hab EV di rantau ini.

"Tesla sebelum ini juga tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang mereka di Malaysia," ujarnya.