Kecoh Wanita Kahwin Dengan Jenazah

14 Jun 2025 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebuah majlis perkahwinan di Dompu, wilayah Nusa Tenggara Barat mengundang perhatian orang ramai apabila pengantin perempuan didakwa dinikahkan dengan jenazah, lapor portal berita Detik News pada Rabu.  

Kejadian berlaku di Dusun Nangadoro dalam daerah Hu’u baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di laman Facebook menunjukkan wanita itu duduk di sebelah jenazah iaitu calon suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan. 

Pernikahan itu diwalikan oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarga jenazah terbabit. 

Bagaimanapun, video itu telah dipadam.

Ketua Perhubungan Awam Polis Dompu, AKP Zuharis berkata, pasangan itu merancang untuk berkahwin pada pertengahan bulan ini tetapi tidak dapat dilaksanakan selepas calon suami terlibat dalam kemalangan.

“Kejadian itu terjadi minggu lepas. Kami sedang giat menjalankan siasatan,” kata Zuharis

Sumber: Kosmo 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved