Kecoh Wanita Tua Bertongkat Jaga Remaja Hilang Di Kluang, Rupanya Itu Nenek Kekasih

Entertainment
21 Feb 2025 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Misteri kehilangan remaja perempuan selama seminggu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di sebuah rumah terletak di kaki Gunung Lambak, Kluang, Johor.

Perkara itu menjadi bualan ramai kerana remaja yang dikenali sebagai Nur Fakhira itu dikatakan oleh seorang wanita tua bertongkat.

image is not available

Misteri bahawa siapakah nenek bertongkat itu terungkai, rupa-rupanya wanita tua itu ialah nenek kepada kekasih Nur Fakhira.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, polis mengesahkan menerima laporan penemuan semula Nur Fakhira Dania Zahir, 14, daripada ibunya, Norita Kasmin kira-kira pukul 10 malam semalam.

Hasil siasatan mendapati, teman lelakinya menyembunyikan remaja perempuan itu di sebuah rumah di Jalan Kiara, Kampung Dato Abdul Rahman Yassin.

“Remaja berkenaan menyatakan telah keluar dengan teman lelakinya pada malam kejadian dan memberitahu mahu lari dari rumah.

Susulan itu, lelaki itu membawa ke rumah neneknya di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin dan tinggal selama kira-kira seminggu,” katanya.

Sebelum ini, pemeriksaan awal mendapati remaja perempuan itu ditemui dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

Sumber: Kosmo!

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.