Kecuaian Pengurusan? Bapa Dakwa Bayi Terjatuh Katil Hospital, Kerap Alami Sawan Selepas Kejadian

LocalHealth & Fitness
27 Dec 2024 • 9:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bapa mendakwa bayi perempuannya terjatuh sewaktu berusia dua hari akibat kecuaian pengurusan sebuah perkarangan Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 17 November lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Syarifuddin Manan, 24, mendakwa anak sulungnya yang kini berusia 41 hari sering mengalami sawan berikutan insiden tersebut.

Kecuaian Pengurusan Hospital

image is not available

Foto: Bernama

“Anak saya terjatuh dari katil bayi ketika ingin dipindahkan ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan jaundis (demam kuning).

“Dia dilahirkan normal dengan berat 3.3 kilogram (kg) namun setelah terjatuh, kesihatannya sering terganggu akibat kecederaan pada bahagian kepala,” dakwanya ketika ditemu bual media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada Khamis.

Terdahulu peniaga tersebut yang ditemani peguam, Mohd. Hazwan Hamidun membuat laporan polis berhubung insiden menimpa bayinya.

image is not available

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Kosmo! Online pula, Muhammad Syarifuddin mendakwa bayinya sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat sawan selepas insiden berkenaan.

“Saya dan isteri juga tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi pihak hospital apatah lagi kami tidak dibenarkan untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk melihat sendiri insiden tersebut dengan lebih jelas,” dakwanya lagi.