Nabila Razali, Suami Selamat Timang Anak Lelaki

24 Dec 2024 • 6:41 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada 23 Disember pukul 10.01 malam.
 
Berita tersebut disahkan sendiri oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertainment, yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.
 
Berkongsi berita gembira, Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 32  meluahkan rasa syukur dan menganggap  kelahiran bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu merupakan perkara yang paling bermakna dalam hidupnya.
 
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan, dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami.
 
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dengan nada penuh rasa syukur dan terharu,” ujarnnya.