“Kecundang bukan maksudnya lemah”- Rina Harun Akur PRU Kali Ini Bukan Rezeki Menang Kerusi Di Sepang

Politics
20 Nov 2022 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU15) yang diumumkan semalam menyaksikan Datuk Seri Rina Harun iaitu calon Perikatan Nasional (PN) gagal untuk memenangi kerusi Parlimen Sepang selepas tewas di tangan PH.

Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

image is not available

Selepas kekalahannya diumumkan semalam, Rina Harun telah berkongsi menerusi akaun Facebook rasminya bahawa beliau tetap akur dengan kekalahan di kerusi tersebut.

Adat masuk ke gelanggang, pasti ada kalah, pasti ada yang menang. Kecundang bukan maksudnya lemah, tewas bukannya tidak…

Posted by Rina Mohd Harun on Saturday, November 19, 2022

 

Dalam perkongsian berkenaan juga, Rina turut mengatakan beliau tetap berbangga atas segala usaha yang telah dicurahkannya kepada kampung halamannya selama ini.

Adat masuk gelanggang, pasti ada kalah, pasti ada yang menang. Kecundang bukan maksudnya lemah, tewas bukannya tidak berbalas,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang mengundinya dalam PRU kali ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.