Kedah raih gelaran berganda Kejohanan NRDP B-18

27 Jul 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kedah raih gelaran berganda Kejohanan NRDP B-18

PETALING JAYA: Kedah mengesahkan status sebagai kuasa baharu ragbi remaja negara apabila merangkul kejuaraan bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Ragbi NRDP National 7s Bawah 18 Tahun (B-18) 2026 di Padang Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, semalam.

Kejohanan anjuran Ragbi Malaysia (MR) menerusi Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) itu menghimpunkan seramai 32 pasukan yang mewakili Ahli Gabungan MR, melibatkan 16 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita bawah 18 tahun dari seluruh negara.

Selain menjadi medan persaingan bagi pemain-pemain muda terbaik negara, kejohanan ini merupakan platform pemilihan terakhir untuk membentuk skuad kebangsaan bawah 18 tahun yang akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Asia 7s B-18 2026 di Qingdao, China pada 5 dan 6 September ini.

Dalam aksi final kategori lelaki, Kedah menewaskan Selangor dengan keputusan 24-5 untuk muncul juara, Johor menamatkan saingan di tempat ketiga, manakala Negeri Sembilan menduduki tempat keempat.

Bagi kategori wanita, Kedah turut mencatat kemenangan apabila menewaskan Johor 17-7 dalam perlawanan akhir, Melaka menduduki tempat ketiga, manakala Pahang melengkapkan kedudukan empat pasukan terbaik.

Sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Asia Rugby7s B-18, MR kan mengadakan dua siri kem latihan pusat di UPM sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Qingdao, China.

MR turut mengumumkan pelantikan Mohd Syahir Asraf Rosli sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan B-18 (Lelaki) dan Rozliana Ridwan untuk skuad wanita bagi membimbing skuad negara ke kejohanan tersebut.

Kejohanan ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Muhammad Iruan Zulkefli, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebagai tetamu kehormat yang menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. – UTUSAN

 

Keputusan Rasmi: 

Kategori Lelaki
Johan: Kedah
Naib Johan: Selangor
Tempat Ketiga: Johor
Tempat Keempat: Negeri Sembilan

Kategori Wanita
Johan: Kedah
Naib Johan: Johor
Tempat Ketiga: Melaka
Tempat Keempat: Pahang

Anugerah Individu
Pemain Terbaik Lelaki
Haris Haikal bin Mohamad Nor Shakirin (Kedah)

Pemain Terbaik Wanita
Nur Fatriyah Diana binti Md Fazilah (Kedah)

The post Kedah raih gelaran berganda Kejohanan NRDP B-18 appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved