
Kedah, Selangor Antara Kawasan Dijangka Terima Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga 6 petang ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan tersebut, hampir kebanyakan kawasan di negeri Perlis, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bakal menerima hujan lebat.
"Di Kedah, daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu dijangka hujan lebat.
"Begitu juga daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak," maklum MetMalaysia.
Sementara itu, hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan di Pahang. Antara daerah terlibat termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin.
Manakala di Selangor, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Terus ke Negeri Sembilan, daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin juga diramal terima hujan lebat.
Di selatan tanah air, hujan lebat dijangka landa daerah Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing di Johor petang ini.
Beralih ke Sarawak, cuaca menujukkan daerah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong bakal terima hujan lebat. Begitu juga daerah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Miri (Subis dan Marudi) serta Limbang.
Manakala di Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) juga diramal hujan lebat.

2026 Makin Keras, Nak Sedekah Pun Berkira-kira Duit, Tapi Ada Keadaan Lain Lagi Parah
Dulu Sekadar “Gamer”, Kini Anak Malaysia Bangunkan Permainan Video Bertemakan Hantu Asia
Ini 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Tahun 2026
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Elak berada di lokasi berisiko.



