Waspada, Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri & 2 Wilayah

LocalEnvironment
7 Apr 2026 • 10:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Waspada, Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri & 2 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan hingga jam 11 malam ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah.

Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang di Kelantan.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri, 2 WP

Beralih ke Pahang, ia melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.

Di Selangor, hujan lebat diramal berlaku di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut membabitkan Jelebu, Seremban dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sementara itu, daerah Kapit (Belaga) dan Miri (Beluru dan Telang Usan) di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran berkenaan.

Manakala, di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod).

Dalam pada itu, METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Baca juga: