Kedai dalam HDOK dikompaun gagal pamer tanda harga

26 Jan 2024 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sebuah kedai yang beroperasi di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini dikenakan kompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, premis berkenaan diperiksa setelah menerima aduan netizen di media sosial.

“Baru-baru ini tular di media sosial mengenai harga barangan serta kemudahan mengecas alat komunikasi yang disediakan untuk pelanggan di salah sebuah kedai yang terletak di hospital.

“Susulan itu, saya bersama sepasukan pegawai penguatkuasa KPDN Cawangan Sandakan menjalankan pemeriksaan di kedai diadukan pada 24 Januari,” katanya ketika dihubungi.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Azdy berkata, hasil pemeriksaan mendapati pemilik gagal meletakkan tanda harga ke atas 30 unit makanan ringan yang dipamerkan untuk dijual di kedai terbabit.

“Susulan itu tindakan diambil ke atas pemilik di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

“Di samping itu, kesemua 30 unit makanan ringan yang tidak diletakkan tanda harga turut disita untuk siasatan lanjut.

“Individu ini juga dinasihatkan supaya memberikan makluman atau notis jelas di tempat yang mudah dilihat oleh pengguna mengenai kemudahan serta kadar bayaran mengecas alat komunikasi yang disediakan di kedainya,” kata Azdy.

Di bawah Akta itu, pemilik boleh didenda di mahkamah sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM25,000.

Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000.

Azdy menambah, KPDN Cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga.

Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran rasmi antaranya, WhatsApp 019 279 4317 / 019 848 8000, Portal Aduan: http://eaduan.kpdn.gov.my, atau menerusi aplikasi Ez ADU KPDN.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.