Kedai Makan Legend Di Kuching, Nikmati Mi Kolok Terbaik Di Sepinang Sari Cafe Satok

25 Feb 2023 • 11:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mi kolok Halal legend di Kuching.

Kedai Makan Legend Di Kuching, Nikmati Mi Kolok Terbaik Di Sepinang Sari Cafe Satok. Mi Kolok merupakan makanan ikonik di Sarawak dan ia biasa dimakan untuk sarapan pagi. Namun kini di Sarawak terutamanya di Kuching, anda boleh menikmati mi kolok bila-bila masa sahaja kerana banyak kedai makan di luar sana yang menyediakan menu ini di restoran mereka.

Sebut saja Mi Kolok Haji Salleh seluruh warga Kuching pasti terliur memikirkan keenakan menu istimewa tersebut kan?

image is not available
Kedai Makan Legend Di Kuching, Nikmati Mi Kolok Terbaik Di Sepinang Sari Cafe Satok. Sumber foto: FB Sepinang Sari Cafe and Restaurant

image is not available
Sumber foto: FB Sepinang Sari Cafe and Restaurant

Antara mi Kolok Halal terbaik di Sarawak

Siapa saja yang tak kenal dengan kedai makan legend di Kuching yang menyediakan antara mi kolok Halal terbaik di Sarawak ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia pun pernah makan sini tau!

Sudah beroperasi dari tahun 1996 lagi, Sepinang Sari Cafe ini merupakan antara kedai makan legend kegemaran penduduk tempatan di sini. Kini, pelanggan berbaris panjang gara-gara ingin menikmati kelazatan hidangan istimewa di kedai makan ini.

image is not available
Sumber foto: FB Sepinang Sari Cafe and Restaurant

Menu mi kolok yang anda boleh cuba

Antara menu mi kolok yang disedakan di Sepinang Sari cafe ini adalah Mi Kolok Daging, Mi Kolok Ayam, Mi Kolok Special dan Tendon dan juga Mi Kolok Special. Untuk anda yang inginkan daging lebih, ayam lebih mahupun mi lebih, anda boleh mendapatinya di sini.

Terletak di Jalan Satok Kuching, anda perlu datang awal jika anda ingin menikmati mi kolok di sini kerana barisan pelanggan dan peminat mi kolok di Sepinang Sari Cafe ini bukan bishe bishe!

Tunggu apa lagi, kalau anda nak cuba mi kolok legand di Bandaraya Kuching ini singgahlah ke Sepinang Sari Cafe.

Lagi kedai makan terbaik di Kuching yang anda perlu cuba di sini: