Kedai makan tular dinasihat tutup sementara

LocalEnvironment
26 Dec 2025 • 8:57 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang wanita, memaparkan sebuah premis kedai makan terkenal di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands yang didakwa mengalami hakisan tanah serius.

Menerusi rakaman video dron berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa rakaman tersebut bukan bertujuan untuk menjejaskan perniagaan peniaga, sebaliknya dibuat atas kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengunjung.

“Tak ada niat nak tutup periuk nasi sesiapa. Memang bersyukur sangat Allah masih lindung masa tu. Kalau tahu memang dari awal tak akan berhenti kat situ. Tempat dah lawa, tapi korang rasa macam mana,” tulisnya.

Sementara itu, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan bahawa lokasi terbabit berada di luar seliaan atau rizab Jabatan Kerja Raya (JKR).

Susulan itu, JKR menasihatkan agar lokasi berkenaan ditutup daripada sebarang aktiviti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Mohammad Nizar menjelaskan bahawa tindakan penutupan lokasi tersebut berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan.

@yufara_

No comment for this video tkde niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir2kan ape yg patut memang bersyukur sgt Allah masih lindung time tuu. Kalau tahu memang dri awal takkan stop kt situ for take a some view tempat dah lawa tapi korang rasa mcm mna #tanahruntuh #cameronhighland #cameronhighlands

♬ Nature and its beauties – rest of the soul & soul frequency

Baca juga:

Menurutnya, kawasan kedai makan berkenaan mempunyai Permit Penggunaan yang sah seluas 0.4 hektar bagi tujuan sewaan tapak kedai makan dan minum, berkuat kuasa dari 16 Mei hingga 31 Disember 2025.

Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan mengeluarkan notis penutupan bermula 26 Disember 2025 selama tempoh sebulan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sumber: TikTok yufara_, Sinar Harian