Isu Lelaki Berpakaian Wanita, Menteri Agama Gesa JAWI Ambil Tindakan

LocalPolitics
26 Dec 2025 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalani siasatan terhadap video tular yag memperlihatkan seorang lelaki yang berpakaian seakan wanita dalam sebuah majlis bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, langkah tersebut membolehkan tindakan sewajarnya dikenakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Kerjasama dengan MCMC

image is not available

 

Beliau meminta agar Jawi bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menurunkan kandungan tersebut di media sosial.

“Perbuatan tersebut mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.”

“Daripada perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.”

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa pendekatan seperti khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial untuk meningkatkan kefahaman serta memelihara keharmonian nilai budaya dan negara terus dilakukan.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.