

Gara-gara kedai mercun terbakar, lima kenderaan yang diletak berdekatan dengan premis berkenaan disambar api sehingga hangus terbakar.
Kejadian berlaku di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.
Susulan itu, sebuah Toyota Vellfire musnah, Perodua Bezza musnah 80 peratus dan sebuah Proton Saga BLM.

Turut terbakar juga dua motosikal iaitu sebuah Yamaha Y15 (50 peratus) dan sebuah motosikal Honda EX5 (95 peratus),.
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat,

