Struktur Haram Rumah Ibadat Di Rizab Masjid Dengkil Dirobohkan

LocalPolitics
9 May 2025 • 5:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang bertindak merobohkan sebuah struktur rumah ibadat yang dibina secara haram di atas tanah rizab Masjid Pekan Dengkil, Kampung Cemperai, Sepang pada Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata operasi tersebut dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828), bagi memastikan tanah milik awam tidak terus diceroboh tanpa kebenaran.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Operasi ini menunjukkan komitmen tinggi demi memastikan tanah milik awam tidak diceroboh sewenang-wenangnya,” katanya.

Operasi bersepadu ini melibatkan kerjasama pelbagai jabatan agensi termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Sepang).

Turut serta dalam operasi ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), serta Unit Penguatkuasaan PDT Sepang.

image is not available

Foto: Pengerusi JPKK Dengkil

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari telah mengumumkan tindakan tegas akan diambil susulan pencerobohan tapak cadangan pembinaan Masjid Dengkil yang melibatkan pembinaan sebuah kuil tanpa kebenaran.

Tindakan itu turut mendapat perhatian dan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar isu tersebut diselesaikan segera demi memelihara kesucian dan kepentingan umat Islam d kawasan berkenaan.

image is not available

Foto: Berita Harian

JAIS sebelum ini menetapkan tempoh satu bulan bagi proses pengosongan tanah di tapak berkenaan, yang melibatkan kawasan seluas empat hektar yang telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)