
KUNAK: Sebuah kedai runcit di Kg Bagiang, dekat Pekan Kunak di sini musnah dalam kebakaran, malam Isnin.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.26 malam menerusi talian balai.
Katanya, kebakaran itu membabitkan rumah di mana mana aras bawah dijadikan kedai runcit, sementara tingkat satu merupakan tempat tinggal pemilik.
Sepasukan bomba diketuai Komander Operasi Kamarulzaman Ruslie bersama enam anggota bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian yang jaraknya satu kilometer dari balai bomba di sini.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Pasukan bertindak mengawal kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki dengan satu pancutan, selain satu aliran salur bantu daripada sumber air pili bomba berdekatan.
“Kebakaran memusnakan sepenuhnya ruang kedai runcit berkeluasan 40X40 kaki itu. Tindakan pantas anggota kami berjaya menyelamatkan tingkat atas rumah tersebut,” katanya.
Operasi terkawal jam 8.40 malam dan ditamatkan sepenuhnya 9.40 malam dengan polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut membantu mengawal keadaan di lokasi.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca dan jumlah kerugian dalam siasatan.
Kepsyen:
RIBEN keselamatan bomba dipasang selepas insiden itu untuk tujuan siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
