Kedai runcit terbakar, orang ramai larikan makanan, snek

26 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kedai runcit terbakar, orang ramai larikan makanan, snek

JAKARTA – Sekumpulan individu bertindak mencuri pelbagai jenis makanan dan snek  daripada sebuah kedai runcit yang terbakar di Bumi Ayu, wilayah Bengkulu, Pulau Sumatera lapor laman berita Radar Kediri.

Mereka menceroboh premis tersebut untuk menjarah barangan yang tersisa, baru-baru ini.

Menurut media tempatan, tindakan nekad itu dilakukan  walaupun lokasi kebakaran telah dipasang pita garisan polis dan diisytiharkan zon larangan atas faktor keselamatan serta siasatan.

Rakaman video kejadian menjadi  tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, yang menyifatkan perbuatan itu  sebagai tidak berhati perut serta tidak menghormati keluarga pemilik kedai yang sedang bersedih. – AGENSI

The post Kedai runcit terbakar, orang ramai larikan makanan, snek appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved